Rabu, 27 Juli 2011

Luahan & Harapan Si Gadis

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.
 
Sekadar melihatmu...dari jauh...Tatkala diri sedang bermusafir mencari cinta Ilahi,, kadang2 diri tercuit dengan cinta-cinta kecil,

Ya..cinta yang jika tidak dikawal bakal menempa murka Ilahi,
di saat hati semakin gersang dari cinta Ilahi,
sudah cukup membuatkan aku merasa cukup jauh dariNya,
aku tertanya-tanya,

"layakkah aku untuk mencintai insan itu andai diriku sendiri masih gagal meraih cinta Ilahi??"

Aku semakin bingung memikirkan dua cinta yang harus ku utamakan,,saat aku jatuh,,aku meminjam semangat darimu,,hatiku kembali terisi dengan tazkirah-tazkirah yang kau berikan saban hari,setiap tutur kata dan budi pekertimu tersimpan rapi dalam kotak ingatanku,ramai yang menyanjungimu kau terkenal dengan kewarakanmu,,agamamu menarik perhatianku,cara kau beramal dengannya,cara kau menjaga ikhtilatmu.

kau pemuda soleh,,setiap kuliah yang kau beri ku teliti satu persatu,,
lantas timbul keinginan untuk berubah dan pastinya ia ke arah yang lebih baik,namun ku luruskan kembali niatku berubah hanya untuk Allah.

Sang Mujahid!ikhlas ku katakan,kau amat kukagumi,tidak berani aku nyatakan itu cinta kerana aku tidak berani memberi apa takrif pun tentang perasaan itu,

sedangkan aku,masih banyak salah dan silapku di sana sini,solehahku tidak pasti,namun itu tidak menjadi alasan buatku untuk membentuk diri ke arah itu,ayat-ayat cinta-NYA,ku dalami dengan hati yang penuh tawadhuk,hari demi hari,hidupku semakin terisi dengan cinta dari-NYA.

Bernafas dalam jiwa hamba...alhamdulillah,aku semakin beroleh ketenangan,namun aku tidak berani menyatakan perasaan cintaku padamu pemuda soleh,kerana kita sama-sama masih memikul banyak tanggungjawab,tanggung jawab terhadap pelajaran,tanggung jawab terhadap dakwah,tanggung jawab terhadap ibu bapa,dan pastinya tanggungjawab terhadap Allah,aku masih belum bersedia dan aku tahu kau jua begitu,aku yakin dengan janji Allah.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji.Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." (An-Nur:26)

Keluarga bahagia,aku kini sedang bermujahadah untuk menjadi solehah,namun keutamaanku bukan untuk mencari yang soleh,sekadar memperbetulkan diri yang semakin terpesong dari jalan-NYA.

Akhir kata,,aku amat mengagumimu kerana agamamu,bukan kerana kekayaanmu,
bukan kerana keindahan wajahmu dan malah bukan jua kerana keturunanmu,aku amat menyenangi perasaan itu,namun aku sedar,meminatimu sahaja aku merasa tidak layak,mana mungkin aku mampu menganyam impian untuk menjadi teman hidupmu??

semoga kau beroleh rahmat dari-NYA

Comelnya dia!
"Aku mahu lelaki yang apabila menatap bening matanya,,hatiku menjadi luas dan lapang,,

Aku mahukan lelaki yang apabila ku dengar suaranya melagukan ayat-ayat  Al-Quran secara murattal,ketenangan melingkar di jiwa.

Aku mahukan lelaki yang marahnya mendidik,tegasnya berprinsip,sayangnya tulus dan budinya mencurah-curah.

Apabila aku berdiri di belakangnya sebagai makmum,aku merasa aman dan selamat"

Hanya Allah lebih mengetahui isi hati para hamba-NYA

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`

https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

Kurma Dan Emas


`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama-sama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada rakan karib yang sangat dipercayainya.

Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. Setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah.

Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.

“Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir,”kata lelaki itu kepada rakannya.

“Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau akan bermusafir?”
“Lebih kurang enam bulan.”
“Baiklah. Akan kujaga amanahmu ini, insya-Allah.”

Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari sudah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. “Akan kuambil sebiji dua dan kuganti semula esok,” begitulah katanya dalam hati.
Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Diapun mengorek-ngorek ke bahagian bawah.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ada ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak, timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. “He, he…dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula akan menipunya,” begitulah dia menyangka.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian, baru dia pulang.

Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.

“Mana emas aku?”
“Emas apa yang kau maksudkan?”

“Emas yang ada di dalam bekas ini, yang aku amanahkan kepada kau dulu.”
“Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?”

Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakannya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya telah pecah amanah.

Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?

Dipendekkan cerita, perkara itu pun dibawa ke mahkamah.

“Tuan hakim, emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya,” dakwa lelaki pertama.

“Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma, bukannya emas,” bantah kawannya.

“Kalau begitu, saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma sekali!” perintah tuan hakim.

Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.
“Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan di dalam bekas ini tanpa rosak?” tanya hakim.

“Lebih kurang enam bulan,” jawab mereka hampir serentak.

“Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan belas ini di ruma kawanmu?” tanya tuan hakim kepada lelaki pertama.

“Setahun,” jawabnya ringkas.

“Kamu bersalah!” umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu. “Kamu telah pecah amanah.”

“Saya bersalah? Apa bukti saya telah mecuri emas-emas itu?” tanya lelaki itu kebingungan.

“Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini, mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baharu. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah rosak.”

Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, “Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya.”

“Kamu mungkin akan menyelematkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu,” kata tuan hakim dengan tajam.

“Mengapa?”
“Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah.

Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas, tetapi kamu kata kurma! Kamu juga bersalah,” ujar tuan hakim.

PENGAJARAN: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.
Wallahu’alam. Sumber daripada Majalah Solusi Isu 31.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
.https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354

Aku Hanya An-Nisaa Akhir zaman


*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,Sehingga dirinya digelar afifah solehah,Dialah wanita pertama,Tiada ragu mengucap syahadah,Pengorbanan bersama Rasulullah,Susah senang bersama,Walau hilang harta kerana berdakwah,Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,Imannya sedikit pun tak berubah,Mampukah aku setabah dirinya?Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah,Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,Anak yang semulia peribadi baginda,Tangannya lah yang membersihkan luka,Tangannya jua yang membersihkan cela,Pada jasad Rasulullah tercinta,Gagahnya dirinya pada dugaan,Mampukah aku sekuat Fatimah?Saat diri terluka dendam pula menyapa,Saat disakiti maki pula mengganti,Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah,Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa,Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia,Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan Mampukah sabarku seperti mereka?Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada..

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah,Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,Kerana yakin Allah pasti disisi,Sabarkan aku seperti sumaiyah,Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim,Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman,Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah,Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud,Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah..

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,Tingginya nilai cinta pada harga Iman,Mampukah aku menatap cinta itu?Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,Ketulusan Iman diketepikan,Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah…
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira,Isteri termuda Rasulullah,Biar dilempar fitnah,Dia tetap teguh pada ketetapanNya,Isteri sejati yang memangku Nabi,Pada saat terakhir baginda,Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan,Betapa hatimu seorang mujahidah..

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?Pada fitnah yang melanda,Diri mula goyah dan putus asa,Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa,Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH,Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid,Anak keduanya turut syahid,Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid,Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah,Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat..

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..Diriku bukan setabah Ummu Khadijah,Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah,Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa,Para pendosa yang terbanyak di neraka,Lantas walau tak setabah para Mujahidah,Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga!Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam,Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga..Bicara dari An-Nisaa yang hina..Makbulkan doaku..

Aamiin Ya Rabbal A'lamin...

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354?sk=wall