Kamis, 31 Mei 2012

Takkan Habis Ku Berdoa Jadi Kekasih Halalnya.


Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAamiin ya Rabbal'alamin.

Kenapa Si "Baju Putih" sebagai simbolik "Kekasih Halalku"??

Kerana...3 tahun lalu,telah ditakdirkan ana bertemu dgn seorang lelaki disebabkan suatu peristiwa.Lelaki itu adalah kenalan kepada dua orang teman rapat ana.Lelaki itu juga sebaya kami.Lelaki itu merupakan lelaki pertama yg telah menolong & menghantar ana pulang ke rumah.Sebelum ini,belum pernah ada seorang lelaki pun yg pernah hantar ana pulang & pernah sesekalipun ana numpang mana-mana lelaki dikenali utk pulang ke rumah.Tetapi pada malam itu,ada sebab yg dapat dielakkan yg menyebabkan ana terpaksa menumpang keretanya.Tetapi bukan kami berdua saja,dua teman rapat ana itu & seorang adik ana turut ada bersama.Lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki yg layak bergelar 'kekasih halal'. Merupakan seorang tahfiz Al-Quran,lahir daripada keluarga yg alim & warak.Sekilas pandang,perwatakannya seperti lelaki-laki biasa yg lain.Pertuturan & pembawakan karakternya juga seperti lelaki-laki lain.Cuma,ada sesuatu pada dirinya yg membuatkan dia kelihatan berbeza.Pertama kali melihat wajahnya sewaktu ana melangkah kaki naik ke dalam kereta,terasa sejuk mata memandang.Terasa ada air dingin yg mengalir rasa di dalam hati,terasa ada angin lembut yg menyapa..Dan waktu itu dia memakai jubah berwarna putih karna baru pulang dari masjid.Disebalik baju putih yg tampak suci & bersih itu,terserlah nur keimanan pada paras wajahnya yg indah.Personaliti dan tutur katanya sungguh menyenangkan sesiapa saja yg baru pertama kali mengenalinya.

Dia juga pandai berjenaka dan sesekali kata-katanya membuatkan ana tersenyum dalam diam.Pada malam itu,dia menghantar ana betul-betul di hadapan pintu rumah & kata-katanya "anak dara orang kena hantar betul-betul depan rumah" sehingga kini masih tersemat kukuh di hati ana.Sebaik saja turun dari kereta,ana mengucapkan terima kasih kepadanya.Dia memandang sekilas ke arah ana lantas tersenyum mengangguk.Dan sekali lagi terasa ada air dingin yg mengalir di hati sepertimana pertama kali ana melihatnya sewaktu melangkah kaki ke dalam kereta.

Namun,pantas ana usir rasa yg bertandang itu. Dan...peristiwa malam itu hanya berakhir di situ.Telah 3 tahun berlalu,kami tidak pernah bertemu lagi selepas itu.Dan ana pun tidak pernah bertanya atau membicarakn soal lelaki itu dgn teman rapat ana itu. Namun,peristiwa itu sehingga kini masih ana ingat.Kata-katanya juga masih segar diingatan.Cuma satu yg terluput dari bayangan mata dan ingatan ana iaitu wajah lelaki itu.Kebiasannya ana jenis yg cepat & sang mengingati wajah orang-orang yg baru ana temui walaupun dalam masa yg sekejap tetapi entah kenapa wajah lelaki itu tidak mampu ana ingati walau seinci. Langsung tiada bayangan riak wajahnya di dalam ingatan & fikiran ana.Andai kata kami ditakdirkan bertemu lagi,nescaya ana tidak mungkin dapat mengenali wajahnya tapi ana yakin pasti ada something padanya yg akan membuatkan ana tahu itu adalah dia...

Alhamdulillah sehingga kini ana masih sedar akan tanggung jawab ana dan masih berpegang teguh pada prinsip hidup ana.Seperti yg pernah ana katakan,buat masa ini cinta ana hanya pada tanggung jawab ana sebagai hamba-Nya,tanggung jawab sebagai anak & pelajar.Dan apabila tiba masanya..cinta & hati ana akan ana sandarkan satu-satunya utk lelaki pilihan Allah Azza Wa Jalla buat ana.ana tidak akan memberi cinta & hati ana kepada mana-mana lelaki selain hanya utk dirinya.

Semoga Allah Azza Wa Jalla terus teguhkan hati & prinsip ana..InsyaAllah...

Jadi sekarang,apakah kaitannya lelaki itu yakni si 'baju putih' dgn title 'kekasih halal' ana..?? Apakah dia yg ana maksudkan? Apakah dia yg berjaya mencuri hati ana..? Berjaya mencuit rasa cinta ana..?? Oh..sesungguhnya ana tidak layak utk itu apalah lagi hanya sekadar membayangkannya.ana tidak layak utknya.ana sadar siapa diri ini,coba menelusuri segenap hati utk mencari kembali dan menilai diri dgn cermin keikhlasan diri.Layakkah ana mengharapkan sesuatu yg indah..? Sesuatu yg ana harapkan dari seorang insan yg telah ditakdirkan utk ana di Lauhul Mahfuz lagi..? Sedangkan ana bukanlah secantik Balqis utk mencari lelaki sehebat Sulaiman,bukan setulus Zulaiha utk mengharap teman setampan Yusuf dan bukan juga sehebat Khadijah utk mendambakan teman hidup sesempurna Rasulullah S.A.W...ana hanya sekadar seorang gadis yg inginkan bimbingan,yg mendambakan perlindungan seorang suami dalam melayari liku kehidupan demi mencari satu keredha'an.

Mungkin ana hanya sekadar mengagumi ciri-ciri yg dimiliki oleh lelaki si baju itu...& mungkin juga dirinya hanya sekadar simbolik utk ana gambarkan ciri-ciri lelaki yg ana impikan. Seperti yg pernah ana katakan,andainya ana menyintai seseorang & dia sememangnya diciptakan utk ana,ana serahkan dia dalam penjaga'an Allah Azza Wa Jalla.Moga Allah Azza Wa Jalla jua yg mempermudahkan jodoh pertemuan kami nanti.Pabila ana menilai diri dgn cermin keikhlasan,ana sedar siapa ana. Hanya gadis biasa yg serba kekurangan,yg masih memerlukan bimbingan utk memperlengkapkan diri sebagai muslimah sholehah.ana tahu,tiada sesiapa pun di dunia ini yg tidak mahu pasangannya seorang yg soleh/soleha.Tapi adakah cukup layak kita utk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dgn pasangan impian kita berbekalkan apa yg kita ada sekarang? Utk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yg difikirkan.Oleh itu,perlengkapkanlah diri dgn segala ilmu sebagai seorang hamba-Nya yg sholeh & sholehah.

Sesungguhnya,"Sukar utk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn ke'sholeh'anmu.Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari dirimu..Lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik dan wanita yg baik utk lelaki yg baik.."

Siapapun lelaki yg namanya tertulis di Lauhul Mahfuz utk ana...ana serahkan pada takdir.. "takkan habis ku berdoa jadi kekasih halalnya".Sesungguhnya,Allah Azza Wa Jalla saja sebaik-baik perancang.Yg akan terjadi,andai tak sama dgn kehendak hati...ana redha...kerana itulah ketetapan sejak azali... Sekarang ini,yg harus ana dahulukan ialah melaksanakan tanggung jawab ana yg lebih penting serta berusaha utk perlengkapkan diri dgn segala ilmu utk menjadi hamba-Nya yg sholehah...

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata.Ilmu adalah amanat Allah yg harus disampaikan kepada Ummah...kami hanya menyampaikan apa yg kami miliki...

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Afwan Minkum Kebenaran datangnya dari Allah kekurangan dari pribadi akhwatul iman dan ana hanya menyampaikan apa yang diamanahkan Allah

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh..
https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354