`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.
Seorang lelaki ingin bermusafir dalam jangka masa yang panjang. Dia mempunyai harta berupa emas yang tidak boleh dibawa bersama-sama. Dia ingin mengamanahkan hartanya itu kepada rakan karib yang sangat dipercayainya.
Namun dalam hatinya masih ada keraguan akan kejujuran kawan karibnya itu. Setelah berfikir panjang, dia mendapat satu helah.
Dia memasukkan emasnya ke dalam sebuah bekas yang bertutup. Emas diletakkan di bawah, manakala bahagian atas dipenuhi dengan buah kurma.
“Sahabatku, aku ingin meminta bantuanmu untuk menjaga kurma ini sepanjang aku bermusafir,”kata lelaki itu kepada rakannya.
“Tiada masalah bagiku. Berapa lama agaknya engkau akan bermusafir?”
“Lebih kurang enam bulan.”
“Baiklah. Akan kujaga amanahmu ini, insya-Allah.”
Suatu malam, isterinya sangat ingin makan buah kurma. Oleh kerana hari sudah larut malam dan tidak ada kedai yang dibuka, lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bekas yang diamanahkan oleh kawannya. “Akan kuambil sebiji dua dan kuganti semula esok,” begitulah katanya dalam hati.
Dia pun membuka bekas itu. Sesetengah buah kurma telah rosak kerana terlalu lama disimpan. Diapun mengorek-ngorek ke bahagian bawah.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa ada ketulan-ketulan emas di bahagian bawah! Melihat emas yang begitu banyak, timbul rasa tamak dalam dirinya. Semua emas itu diambilnya. “He, he…dia ingat dia pandai menipu? Sekarang aku pula akan menipunya,” begitulah dia menyangka.
Minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu. Oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, kawannya itu tidak dapat pulang pada masa yang dijangkakan. Setelah setahun kemudian, baru dia pulang.
Sebaik pulang, dia terus ke rumah kawannya untuk mengambil bekas yang diamanahkannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati emasnya telah hilang. Bekas itu hanya dipenuhi dengan buah kurma.
“Mana emas aku?”
“Emas apa yang kau maksudkan?”
“Emas yang ada di dalam bekas ini, yang aku amanahkan kepada kau dulu.”
“Kau tidak meninggalkan emas. Kau hanya meninggalkan kurma. Bukankah itu yang kau katakan padaku?”
Lelaki itu terdiam. Memang benar itulah yang dikatakannya. Tetapi dia yakin bahawa memang sahabatnya telah pecah amanah.
Siapa lagi kalau bukan dia yang telah membuka penutup bekas itu dan mengambil semua emas yang ada di dalamnya?
Dipendekkan cerita, perkara itu pun dibawa ke mahkamah.
“Tuan hakim, emas saya di dalam bekas yang diamanahkan kepada kawan saya telah hilang dicurinya,” dakwa lelaki pertama.
“Tidak tuan hakim, dia memberi amanah agar saya menjaga buah kurma, bukannya emas,” bantah kawannya.
“Kalau begitu, saya ingin melihat bekas itu beserta dengan buah kurma sekali!” perintah tuan hakim.
Bekas itu pun ditunjukkan kepada tuan hakim.
“Berapa lamakah buah kurma dapat disimpan di dalam bekas ini tanpa rosak?” tanya hakim.
“Lebih kurang enam bulan,” jawab mereka hampir serentak.
“Berapa lama engkau keluar bermusafir dan mula menyimpan belas ini di ruma kawanmu?” tanya tuan hakim kepada lelaki pertama.
“Setahun,” jawabnya ringkas.
“Kamu bersalah!” umum tuan hakim ditujukan kepada lelaki yang diamanahkan menjaga bekas kawannya itu. “Kamu telah pecah amanah.”
“Saya bersalah? Apa bukti saya telah mecuri emas-emas itu?” tanya lelaki itu kebingungan.
“Kamu berbohong. Cuba kamu lihat buah kurma yang ada di dalam bekas ini. Bukankah masih berada dalam keadaan baik? Itu tandanya kamu pernah membuka bekas ini, mengambil emas yang ada di dalamnya dan menggantikannya dengan kurma yang baharu. Kurma yang disimpan setahun tentu sebahagian besarnya sudah rosak.”
Setelah pencuri itu dibawa keluar oleh pengawal, lelaki itu tersenyum sambil berkata, “Syukur kerana orang yang mencuri telah ditangkap. Saya harap emas saya akan dikembalikannya.”
“Kamu mungkin akan menyelematkan emas kamu, tetapi kamu telah kehilangan maruah diri kamu,” kata tuan hakim dengan tajam.
“Mengapa?”
“Kamu juga tidak amanah ketika memberi amanah.
Kamu juga hakikatnya berbohong. Kamu mengamanahkan emas, tetapi kamu kata kurma! Kamu juga bersalah,” ujar tuan hakim.
PENGAJARAN: Memberi dan menerima amanah perlu dibuat atas dasar keikhlasan. Jika kita tidak ikhlas ketika memberi amanah, orang yang menerimanya juga tidak akan ikhlas menjalankan amanah itu.
Wallahu’alam. Sumber daripada Majalah Solusi Isu 31.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ
(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
.https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354
Tidak ada komentar:
Posting Komentar