Sabtu, 10 September 2011

SEORANG MUSLIMAH


`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Seorang muslimah,
Merendah diri dalam ketaatan,
Tenggelam bersama pengabdian kepada Tuhan,
Membentengi diri dengan ketaqwaan,
Menghiasi peribadi dengan kesantunan,
Bertutur penuh hikmah dan kebijaksanaan,
Memperkemaskan diri dengan pengetahuan,

Seorang muslimah,
Menjalani hidup penuh kesyukuran,
Mengecapi yang diperoleh penuh kesederhanaan,
Menghadapi kehidupan penuh redha dan kesabaran,
Menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan,

Seorang muslimah,
Terpancar dari wajahnya cahaya keimanan dan ketulusan,
Terbias keunggulan peribadi dari kebijaksanaan dan ketelitian,
Penuh hatinya dengan cinta kepada Tuhan,
Rindu jiwanya tuk bertemu kekasih junjungan,

Seorang muslimah,
Bersiap sedia untuk berkorban,
Demi agama yang dicintai,
Bersiap sedia untuk berkorban,
Buat insan yang dikasihi,

Seorang muslimah,
Jiwanya halus penuh kelembutan,
Amalannya diiring istiqamah dan keikhlasan,
Kerana dia mendamba cinta dari Tuhan,
Mengharap redha dari Rabb sekalian Alam,
Merindui pertemuan dihari kebangkitan,
Dengan kekasih bersifat Rahman,
Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

“Sesungguhnya Akal wanita itu ibarat helaian2 yang halus.. Tebalkanlah ia dengan ilmu agama dan pengetahuan agar tidak tersasar disepanjang perjalanan.. Telah Allah tentukan bahawa kudrat wanita itu lemah.. Maka kuatkanlah ia dengan maruah dan kehormatan diri..Agar tidak terjerumus kelembah maksiat dan kehinaan.. Sesungguhnya pada Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan..Diri ana insan dhaif dan serba kekurangan.. Apa yang ana tulis dan sampaikan adalah untuk memperbaiki diri ana jua dan sahabat muslimah yang amat2 ku sayangi kerana Allah..Wallahualam”

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
ღღ ANA UHIBUKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354?sk=wall 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar