Senin, 17 Januari 2011

Siratan Di SebaliK SurataN....Kemanisan Dalam Ujian


Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!

Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.

Dalam tak sedar,bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.

Pada-MU ya Allah  ku adukan segala…
Merintih,merayu,mengharap belas kasih-Nya.
Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.
Agar dugaan ini berjaya diharungi.Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.Berikanlah aku petunjuk Ya Allah,

Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.
Peliharalah daku Ya Muhaimin,Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.Tatkala hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan,hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa,tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban.Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?

Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini.

Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya,maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu.

Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayang-Mu.

Pernah hati ini terguris,Dengan fitnah dan tohmahan menghiris,Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela,Kutabahkan hatiku harungi hidup,Biarpun tiada siapa yang menemani,Keseorangan aku di lautan sepi,Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya,Setiap segala yang menimpa diri,Kuserahkan segala padaMu Allah
Yang Berkuasa jua Mencipta Kerana engkau Maha Mengetahui Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi,Menahan dugaan yang mencabar ini,Terasa bagai noktah telah kutemui,Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku,Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,Agar tabahku menghadapi dugaan,Agar tidakku terhenti di pertengahan,Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci,Agar terbitlah kembali mentari pagi,Setelah malamku berkalut benci

Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan.

Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari arti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya…

Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiyah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.

Wallahua’alam....

Sebuah renungan untukku,untukmu,untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,

Bila ada salah lisan tak bermakna mohon dimaafkan yang benar itu pasti datangnya dari Allah S.W.T
dan yang salah itu datangnya dari kelemahan diri ana pula.

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

Wassalamù'alaíkùm warahmatùllahí wabarakatùh
https://www.facebook.com/pages/Sebelum-Engkau-Halal-BagiKu/138509376220354?sk=wall

Tidak ada komentar:

Posting Komentar